Selasa, 02 Januari 2018

Asal usul PE dan Penerangan mengenai PE

Menggunakan term PE8 sebagai contoh untuk penerangan.

Dijepun mereka mengunakan term “Gauw0.8” untuk memastikan benang yang digunakan sehalus 0.148mm. manakala “Gouw 8” sehalus 0.47mm. Oleh itu nilai no pada “Gauw” telah digunakan meluas oleh pemancing jepun untuk menunjukkan berapa halusnya tali benang tersebut.







Manakala PE pula merupakan singkatan daripada Poly Ethylene(PE) dan ia merupakan sebatian polimer dan campuran kimia untuk menghasilkan tali sulam yang ada dipasaran. Selepas braided dihasilkan dengan sebatian PE maka, untuk merujuk kepada kehalusan braided tadi maka wujudlah term PE? tadi.

Merujuk pada kekuatan pula, selepas ujian demi ujuan dibuat pada masa kini dan lepas-lepas, nilai pemalar(sekarang) yang diperolehi telah digunakan. Nilai pemalar tersebut adalah gandaan10(x10) untuk mewakili nilai PE dalam conversion lb. sebagai contoh PE8=80lb.

Sekarang nilai kekuatan ditentukan adalah seperti berikut:

PE8 = 8x10lb(pemalar) = 80lb

Selepas merujuk 3 situasi diatas dan disebabkan oleh budaya, cara kerja dan teknologi jepun tadi wujudlah term PE tali merujuk kepada kekuatan braided=saiz diameter yang ada dipasaran.

Disebabkan kajian demi kajian berterusan sehingga kesaat ini, satu pemalar baru akan diperolehi dengan nilai PE yang lebih kecil untuk nilai lb semakin bertambah sebagai contoh untuk braided berkapasiti tinggi seperti YGK, Varivas nilai PE yang dipamerkan pada produk sememangnya menunjukkan nilai diameternya sahaja kerana nilai kekuatannya jauh lebih besar dari Nilai PEnya.

Contoh PE8 berkekuatan 100lb!! (merujuk YGK dan Varivas)Tidak mustahi nilai PE4 yang ada sekarang boleh menampung berat sehingga 80lb pada masa akan datang.

Oleh itu nilai PE merujuk kepada nilai kekuatan adalah tidak tepat tetapi ia hanya boleh dijadikan indikatif kepada pemancing untuk mengandingkan saiz reels, kekuatan main line dan rod hanya pada masa kini. Terbaiknya rujuk speksifikasi dari pengeluar (brochure @ catalog @manual) sebelum membeli dan gandingkan.

Mengapa diameter dilihat penting?dan mengapa nilai PE digunakan?
Sejak jigging dan popping menjadi kegilaan, nilai kekuatan sudah dilihat tidak penting lagi. ini kerana nilai "kehalusan" atau "Gauw" dalam masa yang sama lebih kuat penting kerana jigging memerlukan tali yang halus untuk membelah air dan popping memerlukan tali halus untuk mendapatkan jarak balingan yang jauh. Kita tukar sedikit nilai mengenai kekuatan sahaja dan beralih pada nilai yang dapat memberikan nilai kekuatan dan kehalusan dalam masa yang sama.

Semoga memberi manfaat.
#fishingisgood

Sumber:Facebook : El janna fishing tackle - online



Tidak ada komentar:

Posting Komentar